RSS

Mock up, Model dan Prototaip


Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya yang setia...hihi...seperti yang telah kita pelajari sebelum ini mungkin sedikit sebanyak telah kita memperolehi idea bagaimana untuk menghasilkan idea rekabentuk yang baik mengikut prinsip-prinsip yang telah diajar. Hari ini saya akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai jenis penciptaan /pembuatan rekabentuk yang selalu digunakan dalam rekacipta.



1. 'Mock-up'


‘Mock-up’ dikenali juga sebagai model pengolokan yang dibuat sebelum model atau prototaip. Ia merupakan urutan daripada pemilihan reka bentuk bertujuan untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi. Kebiasaannya ‘mock-up’ dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunakan bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti kertas bod, foam, gabus, polisterin, ’mounting board’ dan kayu jelutung (kayu lembut).

'Mock-up’ dapat membantu kita melihat dan menilai keseimbangan reka bentuk, struktur, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan. Kebiasaannya ‘mock-up’ dihasilkan melebihi satu unit bagi tujuan perbandingan.

  2. Model

Model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Model Blok (Block Model) dan Model Berfungsi (Prototaip). Model blok adalah model yang statik atau separa berfungsi. Ianya mempamerkan reka bentuk sebenar dan dihasilkan samada secara skala ataupun saiz sebenar produk. Bahan yang digunakan tidak semestinya sama dengan bahan sebenar.


3. Prototaip


Prototaip adalah produk contoh yang berfungsi sepenuhnya.

Prototaip dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan. Prototaip sama dengan produk sebenar dari setiap segi. Ia dibina dan dipasang secara manual dan diuji dalam situasi sebenar.

Contohnya: Prototaip basikal



Pemilihan bahan dan komponen adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:


-- kos

-- sifat fizikal bahan

-- teknik pembuatan

-- keboleh dapatan


 

4 comments:

safisaari said...

terima kasih atas penerangan. Doakn saya berjaya dunia dan akhirat :).

Unknown said...

Thanks for the info,really appreciate it

Unknown said...

Super

in said...

Tqsm...nice