RSS

Kreatif ker kita???


First of all...saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pengunjung2 yang sudi mengunjungi blog saya ini... Dengan harapan blog ini mampu memberi info dan ilmu yang berguna...Minggu ini saya akan menerangkan mengenai kreativiti....Baiklah sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, apa kata kita lihat dulu gambar di bawah ni...

Hanya menggunakan pensil.....

Lipatan wang kertas menjadi sekuntum bunga..


Klip baju ditampal menjadi bentuk seekor haiwan...

ilustrasi wajah manusia dengan menggunakan sayuran....


Pertama sekali anda melihat gambar-gambar di atas...apakah yang terlintas di fikiran anda.... yup...mesti anda kata... wahhhh...cantiknya...'cutenya'....'hebatnya orang yang buat nie...mesti dia kreatif"

Adakah semestinya orang yang kreatif sahaja mampu untu lakukan semua ini...
Semestinya tidak...
Setiap orang mampu untuk melahirkan idea yang kreatif...
Bak kata orang 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'....

Dari mana datangnya idea ni???
Idea lahir menerusi pemikiran seseorang ketika dia sedang berfikir.
Idea ini akan menggambarkan apa-apa sahaja gambar perwakilan yang terlintas di fikiran.




Setelah terlahirnya idea maka dengan secara tidak langsung ia akan ditambah gabungan kreativiti...
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Masyarakat pada suatu masa dahulu amat menghargai nilai kreativiti ini. Ini kerana idea yang baru mampu menghasilkan sesuatu objek yang baru.... Ini secara tidak langsung memeri mereka kemudahan untuk menggunakannya...

Setiap objek yang direka ataupun dicipta diperolehi melalu masalah yang sering dihadapi...
Sebagai contoh manusia dahulu sukar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang amat jauh... Maka, dengan adanya masalah tersebut, manusia cuba untuk memikirkan penyelesaian bagi menghapuskan masalah tersebut.... Sebagai contoh kereta pertama yang telah direka oleh Carl Benz pada tahun 1885 iaitu Motorwagen. Pada tahun 1886 dia menerima hak paten pada penciptaan kereta tersebut dan ianya mula dikeluarkan.




Ia dihidupkan oleh enjin pembakaran sendiri empat-lejang. Menyerupai roda tiga gergasi. Sebuah silinder tunggal 954cc, enjin petrol yang disediakan hanya 0.75 tenaga kuda yang kelajuan puncaknya boleh mencapai sekitar 16 kilometer sejam.


Kini apabila dunia semakin maju, rekabentuk kereta ditambahbaik dan diperbaharui mengikut arus kemodenan. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bukan lagi satu masalah buat manusia. Kini, kereta juga direka dengan kelajuan yang tinggi supaya pemandu cepat untuk sampai  ke destinasi.


Selain itu, terdapat juga kereta yang dicipta agar mesra alam. Iaitu menggunakan tenaga solar bagi menggerakkan kenderaan tersebut.


Betapa kreatifnya idea pereka-pereka kereta untuk memastikan kereta yang dipandu mampu memuaskan hati pelanggan mereka. 

Kreativiti merangkumi apa sahaja entuk idea tidak kira dalam bentuk objek sebenar mahupun lakaran. Apa yang pasti ia mampu menampakkan kelainan dan keunikan. Kita lihat pula kreatuviti dalam bentuk lakaran ini....




Tahukah anda ini merupakan lukisan 3D yang dilukis di atas jalan... menarik bukan??? lukisannya nampak seperti 'real' dan hidup. Apa yang boleh saya ringkaskan disini, kreativiti merupakan idea yang lahir dalam diri kita tanpa mempunyai had dan batasan yang tertentu. Asalkan ia mampu memberikan kesan kepada orang lain seperti menarik, unik, canggih dan sebagainya.

0 comments: