RSS

Ergonomik

Haiii...apa khabar pengunjung2 blog dan rakan-rakan saya sekilan...Minggu ni saya akan menyampaikan beberapa buah video sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut... Ok..Selamat menonton.... =)






Baiklah...setelah kita dapati video diatas ini menerangkan mengenai postur kedudukan yang baik semasa kita menggunakan komputer. Kedudukan ini mestilah bersesuaian dengan aspek ergonomik untuk keselesaan diri pengguna.

Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.


1.1 Prinsip Ergonomik


Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja, terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam suatu sistem kerja. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:

1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.

• Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti. Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.


  2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa bekerja.
• Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap sambungan atau sendi akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan atau kecederaan. Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan daya melampau yang dikenakan di samping meningkatkan hasil pengeluaran.


3. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.


• Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu dalam penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu digunakan diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan regangan.

 

4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.


• Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan keadaan tubuh badan.



Faedah Ergonomik

  • Pekerja dapat mengawal kerja
  • Kepuasan bekerja
  • Mengurangkan risiko kesakitan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Meningkatkan prestasi kerja
Akibat dari tidak mengamalkan Prinsip Ergonomik

1. Sakit belakang

2. Sakit pada tangan dan pergelangan tangan.

3. Berasa cepat letih


4. Ligamen terkoyak


5. Sakit Bahu



Untuk mengatasi masalah berkenaan pelbagai rekaan objek yang lebih ergonomik telah dicipta bagi memastikan keselesaan pengguna antaranya:

1. Kerusi boleh laras


2. Tetikus

3. Papan kekunci


4. Meja komputer

Kesimpulan yang boleh kita perolehi, dalam merekabentuk sesuatu rekaan kita perlulah mengaplikasikan prinsip-prinsip ini kepada objek yang direka agar pengguna dapat menggunakannya secara selamat tanpa memberi kesan yang tidak baik kepada mereka.

Sekian...Terima kasih...



1 comments:

none said...

As salam..sy copy ye..tq