RSS

Prinsip Dalam Rekabentuk

Assalamulaikum..kepada rakan-rakan sekalian....Pada minggu lepas, kita belajar mengenai kreativiti dan lakaran-lakaran idea....Minggu ini saya akan menerangkan mengenai prinsip-prinsip yang perlu ada dalam rekabentuk...
Baiklah sebelum saya bercerita panjang lebar saya jelaskan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan prinsip.....
Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu.
 
1. 1 KESEIMBANGAN
 
Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
 
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

 
A. Keseimbangan simetri
 
Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
 

B. Keseimbangan tidak simetri
 
 


Unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.
 
 

 1.1.1 Panduan Menentukan Keseimbangan
  • Penggunaan mata adalah cara yang terbaik menentukan keseimbangan
  • Elakkan meletakkan objek yang gelap diatas objek yang cerah @ Objek yang besar di atas objek yang kecil.
  • Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah dan objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil.
  • Hukum graviti perlu diaplikasi disini.
 
1.2 KEHARMONIAN
 
Keharmonian wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik.
 
Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukangarisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam danselesa pandangan mata.
 
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang 
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
Harmoni dari segi garisan

 Harmoni dari segi bentuk     


 1.3 KESATUAN
 

Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.  Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dansempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya. 
  
 
Kesatuan Jenis objek, warna dan rupa 
 
   
Kesatuan Tema
 
 
Kesatuan tema jenis objek dan warna
 
 
1.4  RUPA
 
Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada suatu titik dan berakhir pada suatu titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan.
 
 

Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa.

1.4.1 JENIS-JENIS RUPA
 
1. Rupa Geometri.
Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu. 

 
2. Rupa Organik.
 
Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi mempunyai rupa organik.
 
 


 3. Rupa positif dan negatif
 

Rupa positif ialah rupa yang diletakkan di atas sesuatu permukaan.

Rupa negatif pula ialah ruang di sekeliling objek tersebut. Kedua-dua rupa ini saling bergantung antara satu sama lain.
 
 
 
 
 

1.5 BENTUK

 
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai struktur bentuk dalaman. Gabungan daripada  rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
 
1.5.1 Ciri-ciri Bentuk

1. Bersifat tiga dimnsi (3D). Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
2. Berstruktur. Mempunyai rangka yang membolehkan membentuk isipadu dengan tepat dan sempurna.
3. Boleh dilihat dari semua arah. Mempunyai lebih dari satu permukaan.
4. Terdapat bayangan. Mempunyai kesan dan bayang. 
 
 
 

 1.5.2 Jenis-jenis Bentuk

  A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (bener-benar wujud di hadapan mata).
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta, dan sebagainya.    

 B. Bentuk Ilusi

1. Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi).
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.




1.6 PERSPEKTIF
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.  Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-
1. Perspektif 1 titik lenyap
 
2. Perspektif 2 titik lenyap
 
 
3. Perspektif 3 titik lenyap 
 
 
SEKIAN....TERIMA KASIH

0 comments: