RSS

Hasil Lakaran

Assalamualaikum... hurmmm...bosannya arini... tak tahu nak buat apa.... Sambil- sambil pegang pensil tu tetiba pula tangan ni mengambil sekeping kertas...

Haaa...agak2 saya nak apa ye dengan kertas pensil ni....


Minggu ni saya nak tunjukkan hasil lakaran yang telah dilukis oleh saya sendiri...

Setiap lukisan yang saya lukis tu ada maksudnya yang tersendiri...Baiklah tak sabar nak tengok dah kan... Kita lihatlah hasinya yer....hihi

Gambar diatas ni merupakan hasil lakaran saya yang pertama, 'Actually I love comics' . Komik kegemaran saya adalah komik keluarkan 'Gempak Starz' iaitu Lawak Kampus. Komik ini merupakan komik komedi ringan yang hanya menggunakan satu storyboard bagi setiap mukasurat. Setiap mukasurat hanya menggunakan satu 'tema' bagi lawak yang ingin disampaikan. Walaupun komik ini ringkas namun mesej yang disampaikan mampu membuatkan pembaca ketawa. Secara tidak langsung saya cuba untuk melukisnya sendiri.

Lakaran kedua saya pula adalah seekor kucing... bagi saya kucing sangat comel...lantas saya teringat kucing saya yang berada di rumah... Setiap kali saya melihat kucing dan membelainya saya rasa segala tekanan kerja hilang serta merta....mungkin kerana terlalu geram melihat aksi-aksi mereka yang manja....

Mata....mampu untuk mengungkapkan segala perasaan di dalam hati seseorang... sebab itulah saya suka melukis mata daripada anggota-anggota lain... setiap kali saya berasa mengantuk di dalam kelas pasti saya akan melukis mata untuk mehilangkan rasa mengantuk tersebut...


Seterusnya adalah watak karakter kartun yang saya gemari diwaktu saya kecil, iaitu Mickey Mouse and Friends, Tom and Jerry, Tweety , Winnie The Pooh dan banyak lagi...kenapa watak kartun ini yer...sebab semasa saya kecil watak-watak kartun dari Malaysia tidak banyak dan tidak sehebat watak-watak kartun dari luar negara...

Namun kini, kita patut berbangga kerana negara kita mampu untuk menghasilkan animasi kartun yang menarik dengan menggunakan teknologi grafik yang canggih seperti watak kartun Upin dan Ipin yang digemari oleh kanak-kanak....

Ini cuma sebahagian sahaja yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama... diharap ruangan ini dapat membantu rakan-rakan untuk meluahkan idea masing-masing menerusi lakaran kreativiti anda... sekian....


1 comments:

mackhaddad said...

TINYL HABANERO WHITE POKER TINYL HABANERO WHITE POKER
TINYL HABANERO WHITE POKER TINYL HABANERO WHITE POKER titanium mens wedding band TINYL HABANERO WHITE titanium bmx frame POKER TINYL HABANERO WHITE POKER TINYL HABANERO WHITE POKER หารายได้เสริม TINYL HABANERO WHITE POKER TINYL HABANERO WHITE titanium band ring POKER TINYL $20.99 · nano titanium flat iron ‎In stock