Anthropos bermaksud tubuh dan metros pula bermaksud ukuran. Antropometri bereti ukuran dari tubuh. Ia merangkumi Ciri-ciri geometri manusia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dan sebagainya.
Antropometrik merupakan himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia, termasuklah kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan dan tatarajah.
Bayangkan anda mereka bentuk satu produk yang akan digunakan oleh sekumpulan pengguna. Dalam reka bentuk ini, anda perlu meletakkan tombol pintu pada ukuran ketinggian tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. Bagi menentukan dimensi sebenar kedudukan tombol pintu ini, anda mungkin mengukur jarak jangkauan anda sendiri. Dalam kes ini, jelaslah bahawa anda satu-satunya pengguna bagi produk ini. Anda mungkin dengan selesa dapat menjangkau dan mengawal tombol pintu ini.
Tetapi jika anda mempunyai pengguna lain, anda perlu mengukur jarak jangkauan pengguna lain. ini akan memberikan nilai purata ukuran jangkauan rekabentuk produk yang lebih baik. Apabila semakin banyak jarak jangkauan yang diambil, maka semakin tepat ukuran yang diperlukan untuk rekabentuk ini.
Data dalam jadual antropometrik digunakan untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawai dan persentil utama setiap set data.
Himpunan ukuran juga merangkumi keseluruhan pengguna yang besar dari segi bangsa, umur, keupayaan yang berbeza serta latar belakang.
Contoh rekabentuk produk lain yang perlu diukur:
keluasan dan ketinggian pintu
adalah berbeza mengikut bangsa pengguna yang berasal dari luar negara.
kelarasan kedudukan kerusi kereta dan kedudukannya dari stering kereta adalah berbeza mengikut jantina pengguna.
Ukuran ketinggian bagi meja belajar juga berbeza mengikut umur.
Rekabentuk kedudukan meja untuk kanak-kanak perlu lebih rendah daripada meja orang dewasa.
1 comments:
Terima kasih, maklumat yg sangat jelas dan sangat membantu
Post a Comment