Mock up, Model dan Prototaip
Posted by
Cikgu Wanie
on Monday, 25 March 2013
/
Comments: (4)
Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya yang setia...hihi...seperti yang telah kita pelajari sebelum ini mungkin sedikit sebanyak telah kita memperolehi idea bagaimana untuk menghasilkan idea rekabentuk yang baik mengikut prinsip-prinsip yang telah diajar. Hari ini saya akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai jenis penciptaan /pembuatan rekabentuk yang selalu digunakan dalam rekacipta.
1. 'Mock-up'
‘Mock-up’ dikenali juga sebagai model pengolokan yang dibuat sebelum model atau prototaip. Ia merupakan urutan daripada pemilihan reka bentuk bertujuan untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi. Kebiasaannya ‘mock-up’ dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunakan bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti kertas bod, foam, gabus, polisterin, ’mounting board’ dan kayu jelutung (kayu lembut).
'Mock-up’ dapat membantu kita melihat dan menilai keseimbangan reka bentuk, struktur, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan. Kebiasaannya ‘mock-up’ dihasilkan melebihi satu unit bagi tujuan perbandingan.
2. Model
Model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Model Blok (Block Model) dan Model Berfungsi (Prototaip). Model blok adalah model yang statik atau separa berfungsi. Ianya mempamerkan reka bentuk sebenar dan dihasilkan samada secara skala ataupun saiz sebenar produk. Bahan yang digunakan tidak semestinya sama dengan bahan sebenar.
3. Prototaip
Prototaip adalah produk contoh yang berfungsi sepenuhnya.
Prototaip dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan. Prototaip sama dengan produk sebenar dari setiap segi. Ia dibina dan dipasang secara manual dan diuji dalam situasi sebenar.
Contohnya: Prototaip basikal
Pemilihan bahan dan komponen adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:
-- kos
-- sifat fizikal bahan
-- teknik pembuatan
-- keboleh dapatan
Ergonomik
Posted by
Cikgu Wanie
on Sunday, 24 March 2013
/
Comments: (1)
Haiii...apa khabar pengunjung2 blog dan rakan-rakan saya sekilan...Minggu ni saya akan menyampaikan beberapa buah video sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut... Ok..Selamat menonton.... =)
1.1 Prinsip Ergonomik
Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja, terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam suatu sistem kerja. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:
1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
• Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti. Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.
2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa bekerja.
• Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap sambungan atau sendi akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan atau kecederaan. Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan daya melampau yang dikenakan di samping meningkatkan hasil pengeluaran.
3. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
• Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu dalam penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu digunakan diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan regangan.
4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
• Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan keadaan tubuh badan.
1. Sakit belakang
2. Sakit pada tangan dan pergelangan tangan.
3. Berasa cepat letih
4. Ligamen terkoyak
5. Sakit Bahu
Untuk mengatasi masalah berkenaan pelbagai rekaan objek yang lebih ergonomik telah dicipta bagi memastikan keselesaan pengguna antaranya:
1. Kerusi boleh laras
3. Papan kekunci
Kesimpulan yang boleh kita perolehi, dalam merekabentuk sesuatu rekaan kita perlulah mengaplikasikan prinsip-prinsip ini kepada objek yang direka agar pengguna dapat menggunakannya secara selamat tanpa memberi kesan yang tidak baik kepada mereka.
Sekian...Terima kasih...
Baiklah...setelah kita dapati video diatas ini menerangkan mengenai postur kedudukan yang baik semasa kita menggunakan komputer. Kedudukan ini mestilah bersesuaian dengan aspek ergonomik untuk keselesaan diri pengguna.
Menurut wikipedia, nama ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi). Bermaksud, rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.
1.1 Prinsip Ergonomik
Dalam menjalankan kajian mengenai aplikasi ergonomik di tempat kerja, terdapat 12 prinsip ergonomik yang perlu diberi perhatian untuk memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja (MacLeod, 1995) dan diaplikasikan dalam suatu sistem kerja. Prinsip-prinsip ergonomik ialah:
1. Bekerja dalam postur tubuh badan yang neutral/normal.
• Postur memainkan peranan yang penting dalam memulakan sesuatu aktiviti. Posisi yang terbaik ialah berada dalam keadaan neutral kerana tubuh badan tidak menerima atau dibebani apa-apa tekanan.
2. Mengurangkan daya atau tenaga kerja yang digunakan secara berlebihan semasa bekerja.
• Daya yang digunakan secara berlebihan atau melampau terhadap sambungan atau sendi akan menimbulkan potensi berlakunya keletihan atau kecederaan. Secara praktikalnya, tindakan tertentu perlu dikenalpasti bagi mengurangkan daya melampau yang dikenakan di samping meningkatkan hasil pengeluaran.
3. Memastikan benda kerja dalam lingkungan mudah untuk dicapai.
• Prinsip ini lebih mirip kepada keadaan postur, tetapi ia dapat membantu dalam penilaian tugas dari perspektif tertentu. Barang-barang yang perlu digunakan diletakkan berhampiran agar mudah dicapai dengan tidak perlu melakukan regangan.
4. Bekerja pada ketinggian yang sesuai.
• Kerja yang dilakukan haruslah mengikut tinggi yang bersesuaian dengan keadaan tubuh badan.
Faedah Ergonomik
- Pekerja dapat mengawal kerja
- Kepuasan bekerja
- Mengurangkan risiko kesakitan
- Meningkatkan produktiviti
- Meningkatkan prestasi kerja
1. Sakit belakang
3. Berasa cepat letih
4. Ligamen terkoyak
5. Sakit Bahu
1. Kerusi boleh laras
2. Tetikus
4. Meja komputer
Sekian...Terima kasih...
Prinsip Dalam Rekabentuk
Posted by
Cikgu Wanie
/
Comments: (0)
Assalamulaikum..kepada rakan-rakan sekalian....Pada minggu lepas, kita belajar mengenai kreativiti dan lakaran-lakaran idea....Minggu ini saya akan menerangkan mengenai prinsip-prinsip yang perlu ada dalam rekabentuk...
Baiklah sebelum saya bercerita panjang lebar saya jelaskan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan prinsip.....
Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu.
Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
1.1.1 Panduan Menentukan Keseimbangan
- Penggunaan mata adalah cara yang terbaik menentukan keseimbangan
- Elakkan meletakkan objek yang gelap diatas objek yang cerah @ Objek yang besar di atas objek yang kecil.
- Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah dan objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil.
- Hukum graviti perlu diaplikasi disini.
Keharmonian wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik.
Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukangarisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam danselesa pandangan mata.
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
Harmoni dari segi garisan
Harmoni dari segi bentuk
1.3 KESATUAN
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dansempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
Kesatuan Jenis objek, warna dan rupa
Kesatuan Tema
Kesatuan tema jenis objek dan warna
1.4 RUPA
Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada suatu titik dan berakhir pada suatu titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan.
2. Rupa Organik.
1.5 BENTUK
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai struktur bentuk dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.
1.5.1 Ciri-ciri Bentuk
1. Bersifat tiga dimnsi (3D). Mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
2. Berstruktur. Mempunyai rangka yang membolehkan membentuk isipadu dengan tepat dan sempurna.
3. Boleh dilihat dari semua arah. Mempunyai lebih dari satu permukaan.
4. Terdapat bayangan. Mempunyai kesan dan bayang.
1.5.2 Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (bener-benar wujud di hadapan mata).
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta, dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi
1. Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain.
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
1.6 PERSPEKTIF
Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :-
1. Perspektif 1 titik lenyap
Hasil Lakaran
Posted by
Cikgu Wanie
/
Comments: (1)
Assalamualaikum... hurmmm...bosannya arini... tak tahu nak buat apa.... Sambil- sambil pegang pensil tu tetiba pula tangan ni mengambil sekeping kertas...
Haaa...agak2 saya nak apa ye dengan kertas pensil ni....
Minggu ni saya nak tunjukkan hasil lakaran yang telah dilukis oleh saya sendiri...
Setiap lukisan yang saya lukis tu ada maksudnya yang tersendiri...Baiklah tak sabar nak tengok dah kan... Kita lihatlah hasinya yer....hihi
Haaa...agak2 saya nak apa ye dengan kertas pensil ni....
Minggu ni saya nak tunjukkan hasil lakaran yang telah dilukis oleh saya sendiri...
Setiap lukisan yang saya lukis tu ada maksudnya yang tersendiri...Baiklah tak sabar nak tengok dah kan... Kita lihatlah hasinya yer....hihi
Gambar diatas ni merupakan hasil lakaran saya yang pertama, 'Actually I love comics' . Komik kegemaran saya adalah komik keluarkan 'Gempak Starz' iaitu Lawak Kampus. Komik ini merupakan komik komedi ringan yang hanya menggunakan satu storyboard bagi setiap mukasurat. Setiap mukasurat hanya menggunakan satu 'tema' bagi lawak yang ingin disampaikan. Walaupun komik ini ringkas namun mesej yang disampaikan mampu membuatkan pembaca ketawa. Secara tidak langsung saya cuba untuk melukisnya sendiri.
Lakaran kedua saya pula adalah seekor kucing... bagi saya kucing sangat comel...lantas saya teringat kucing saya yang berada di rumah... Setiap kali saya melihat kucing dan membelainya saya rasa segala tekanan kerja hilang serta merta....mungkin kerana terlalu geram melihat aksi-aksi mereka yang manja....
Mata....mampu untuk mengungkapkan segala perasaan di dalam hati seseorang... sebab itulah saya suka melukis mata daripada anggota-anggota lain... setiap kali saya berasa mengantuk di dalam kelas pasti saya akan melukis mata untuk mehilangkan rasa mengantuk tersebut...
Seterusnya adalah watak karakter kartun yang saya gemari diwaktu saya kecil, iaitu Mickey Mouse and Friends, Tom and Jerry, Tweety , Winnie The Pooh dan banyak lagi...kenapa watak kartun ini yer...sebab semasa saya kecil watak-watak kartun dari Malaysia tidak banyak dan tidak sehebat watak-watak kartun dari luar negara...
Namun kini, kita patut berbangga kerana negara kita mampu untuk menghasilkan animasi kartun yang menarik dengan menggunakan teknologi grafik yang canggih seperti watak kartun Upin dan Ipin yang digemari oleh kanak-kanak....
Ini cuma sebahagian sahaja yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama... diharap ruangan ini dapat membantu rakan-rakan untuk meluahkan idea masing-masing menerusi lakaran kreativiti anda... sekian....
Kreatif ker kita???
Posted by
Cikgu Wanie
on Saturday, 23 March 2013
/
Comments: (0)
First of all...saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pengunjung2 yang sudi mengunjungi blog saya ini... Dengan harapan blog ini mampu memberi info dan ilmu yang berguna...Minggu ini saya akan menerangkan mengenai kreativiti....Baiklah sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, apa kata kita lihat dulu gambar di bawah ni...
Hanya menggunakan pensil.....
Lipatan wang kertas menjadi sekuntum bunga..
Klip baju ditampal menjadi bentuk seekor haiwan...
ilustrasi wajah manusia dengan menggunakan sayuran....
Adakah semestinya orang yang kreatif sahaja mampu untu lakukan semua ini...
Semestinya tidak...
Setiap orang mampu untuk melahirkan idea yang kreatif...
Bak kata orang 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'....
Dari mana datangnya idea ni???
Idea lahir menerusi pemikiran seseorang ketika dia sedang berfikir.
Idea ini akan menggambarkan apa-apa sahaja gambar perwakilan yang terlintas di fikiran.
Setelah terlahirnya idea maka dengan secara tidak langsung ia akan ditambah gabungan kreativiti...
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:
- Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
- Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
- Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.
Masyarakat pada suatu masa dahulu amat menghargai nilai kreativiti ini. Ini kerana idea yang baru mampu menghasilkan sesuatu objek yang baru.... Ini secara tidak langsung memeri mereka kemudahan untuk menggunakannya...
Setiap objek yang direka ataupun dicipta diperolehi melalu masalah yang sering dihadapi...
Sebagai contoh manusia dahulu sukar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang amat jauh... Maka, dengan adanya masalah tersebut, manusia cuba untuk memikirkan penyelesaian bagi menghapuskan masalah tersebut.... Sebagai contoh kereta pertama yang telah direka oleh Carl Benz pada tahun 1885 iaitu Motorwagen. Pada tahun 1886 dia menerima hak paten pada penciptaan kereta tersebut dan ianya mula dikeluarkan.
Ia dihidupkan oleh enjin pembakaran sendiri empat-lejang. Menyerupai roda tiga gergasi. Sebuah silinder tunggal 954cc, enjin petrol yang disediakan hanya 0.75 tenaga kuda yang kelajuan puncaknya boleh mencapai sekitar 16 kilometer sejam.
Ia dihidupkan oleh enjin pembakaran sendiri empat-lejang. Menyerupai roda tiga gergasi. Sebuah silinder tunggal 954cc, enjin petrol yang disediakan hanya 0.75 tenaga kuda yang kelajuan puncaknya boleh mencapai sekitar 16 kilometer sejam.
Kini apabila dunia semakin maju, rekabentuk kereta ditambahbaik dan diperbaharui mengikut arus kemodenan. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bukan lagi satu masalah buat manusia. Kini, kereta juga direka dengan kelajuan yang tinggi supaya pemandu cepat untuk sampai ke destinasi.
Selain itu, terdapat juga kereta yang dicipta agar mesra alam. Iaitu menggunakan tenaga solar bagi menggerakkan kenderaan tersebut.
Betapa kreatifnya idea pereka-pereka kereta untuk memastikan kereta yang dipandu mampu memuaskan hati pelanggan mereka.
Kreativiti merangkumi apa sahaja entuk idea tidak kira dalam bentuk objek sebenar mahupun lakaran. Apa yang pasti ia mampu menampakkan kelainan dan keunikan. Kita lihat pula kreatuviti dalam bentuk lakaran ini....