RSS

EASY PINEAPPLE PEELER

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog saya... apa khabar semua??? sihat??? alhamdulillah selesailah sudah semester pengajian saya untuk tahun dua ini. Setelah berbulan-bulan menimba ilmu dan seterusnya berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan, banyak yang telah saya perolehi dan pelajari untuk semester kali ini... 

Apa yang menariknya pada semester ini, saya telah mengambil mata pelajaran rekacipta yang merupakan sebahagian daripada jam kredit yang wajib diambil bagi seorang bakal guru teknikal...apa yang menarik mengenai mata pelajaran ini???

Mata pelajaran rekacipta ini membolehkan seseorang pelajar menjana idea yang menarik untuk mencipta sesuatu yang baru dan mencari permasalahan yang sering berlaku di kalangan masyarakat dan membantu mereka dengan menggunakan idea-idea yang telah dijanakan.

Untuk tugasan rekacipta kali ini, pensyarah saya telah memberikan tema yang wajib dipatuhi untuk menghasilkan satu produk yang baru...tema kali ini adalah Industri Kecil Sederhana (IKS)...

Sebelum memikirkan idea untuk produk yang dicipta... saya dan ahli kumpulan terlebih dahulu membuat kajian lapangan iaitu dengan mencari permasalahan yang berlaku dikalangan pengusaha IKS... lokasi yang dipilih adalah sekitar Batu Pahat..iaitu seorang pengusaha pemprosesan buah nanas yang bernama Encik Sadikon bin Sadiman...beliau memiliki sebuah kedai yang menjual produk-produk yang berasaskan buah nanas seperti sos, kopi, jus, jem dan lain-lain lagi... beliau juga memiliki tempat pemprosesan buah nanas di bahagian belakang rumah. 

Antara masalah yang dihadapi oleh Encik Sadikon ini ialah memerlukan sebuah mesin mengupas kulit nanas untuk menjimatkan masa pemprosesan... Kaedah yang digunakan sekarang ialah secara manual iaitu mengupas kulit dengan menggunakan pisau...kaedah ini amat merbahaya selain boleh menyebabkan jari mudah terluka dan memerlukan penggunaan masa yang lama....

setelah mendapatkan permasalahan....maka saya dan ahli kumpulan telah merekabentuk sebuah model mesin pengupas kulit nenas yang diberi nama "Easy Pineapple Peeler"... mesin ini menggunakan sistem hidraulik untuk proses operasinya... keseluruhan model mesin ini menggunakan bahan daripada kayu..namun penghasilan untuk model sebenar menggunakan bahan daripada besi...berikut merupakan kerja-kerja yang dilakukan semasa penghasilan model...

Rajah 1 : Tiang kayu pertama dipahat sehingga membentuk tanggam lubang dan puting

Rajah 2 : Kayu pemegang ditebuk pada bahagian tengahnya dengan menggunakan gandin dan pahat.

 Rajah 3 : Batang paip dipotong dan disambungkan pada kayu untuk memegang batang paip tersebut. Kemudian, sebatang kayu inci dipakukan pada kayu tersebut untuk menggerakkan batabg paip.

 Rajah 4 : Kayu pada bahagian tengah kemudian ditebuk dan dikikir pada bahagian tepi lubangnya. Kemudian paip yang telah dipasang dengan kayu inci akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan diskrukan pada kayu pemegang yang telah dipahat.

 Rajah 5 : Tiang kedua dipasang pada tapak dan kemudia diikuti dengan kayu dibahagian tengah yang telah dikikir lubang pada tengahnya.
 Rajah 6 : Kayu pada bahagian tengah dikukuhkan dengan memakukan papan lapis pada tiang pertama.
Rajah 7 : Papan untuk tapak ditebuk lubang pada bahagian tengahnya untuk dimasukkan rod kayu.

Rajah 8 : Apabila selesai seluruh komponen dipasang dan diskrukan pada bahagian yang dikehendaki.



 Rajah 9 : Setelah selesai, model dicat dengan menggunakan cat minyak untuk menunjukkan bahan diperbuat daripada besi.



0 comments: