RSS

Penghasilan Buku Idea Cikgu Wanie

Assalamulaikum w.b.t... apa khabar semua kepada pembaca blog...penat seharian pulang ke kampung halaman... setelah 8 jam meredah beberapa negeri untuk sampai ke negeri Perak..akhirnya saya sampai juga... inilah yang saya nanti-nantikan sekian lama...setelah 2 bulan tidak pulang ke kampung halaman...inilah pengalaman yang amat menyeronokkan bagi saya...setelah lama saya berada di negeri orang... 


Agak lewat saya menulis catatan blog ini... keadaan memaksa saya melupakan dahulu tugasan saya...dalam keadaan ibu saya yang tidak berapa sihat...kesibukan menjaga ibu saya di hospital tidak menjadi penghalang untuk saya menyelesaikan tugasan yang diberi pada saat-saat akhir... Saya minta kalian semua mendoakan kesihatan ibu saya dan sembuh dengan baik...


Baiklah berbalik pada topik saya pada kali ini saya akan menunjukkan hasil kerja buku idea saya yang telah saya usahakan sepanjang semester ini... berikut merupakan hasil kerja yang telah siap... diharap dengan adanya buku idea ini saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan lain yang akan mengambil mata pelajaran rekacipta pada masa akan datang...


Rajah 1: Kulit muka depan buku idea. Keseluruhan abjad dijahit dan ditampal pada kulit muka depan buku.

Rajah 2 : Bahagian penghargaan. Ia juga dijahit menggunakan jahitan jenis silang pangkah untuk menampakkan keunikan.

Rajah 3 : Bahagian pengenalan hanya menggunakan teknik gunting dan tampal.

Rajah 4 : Kebanyakan lakaran yang dilukis adalah berbentuk binatang. Maka, untuk menampakkan kelainan bahagian lakaran bebas disusun mengikut latar belakang hutan.

Rajah 5 : Ini merupakan bahagian lakaran yang paling saya gemari iaitu lukisan daripada karakter komik Lawak Kampus

Rajah 6 : Antara lakaran-lakaran lain yang dilukis dan ditampal pada buku idea.

Rajah 7 : Permasalahan pertama yang diperolehi daripada pengusaha nenas.

Rajah 8 : Permasalahan kedua yang diperolehi daripada pengusaha nenas yang sama.

Rajah 9 : Permasalahan ketiga yang diperolehi daripada pengusaha karipap.

Rajah 10 : kajian lapangan yang telang dilakukan bagi masalah yang telah dipilih.

Rajah 11 : Spesifikasi rekabentuk bagi masalah yang dipilih.

Rajah 12 : Penjanaan idea yang dilakukan dipersembahkan dengan menampal gambar pokok agar kelihatan menarik.

Rajah 13 : Lakaran-lakaran produk yang dilukis dan diterangkan prosedur melakukannya.

Rajah 14 : Lakaran penuh bagi produk

Rajah 15: Justifikasi pemilihan produk

Rajah 16 : Kelebihan dan Kelemahan produk.

Rajah 17 : Carta Gantt semasa melakukan proses membuat produk.

Rajah 18 : Kos dan Bahan yang diperlukan bagi membuat produk

Rajah 19 : Kajian pasaran yang dilakukan untuk produk.

Rajah 20: Manual untuk menggunakan produk.

0 comments: