Apabila menyebut tentang harta intelek, masih ramai individu kurang memahami mengenai kepentingan perkara tersebut. Malah, ada yang beranggapan masalah berkaitan harta intelek bukan satu isu penting dan tidak membawa apa-apa makna dalam pembangunan sesebuah negara.
Disebabkan itulah terdapat segelintir pihak bertindak sewenang-wenangnya 'mencuri' hak orang lain dan mengaut keuntungan di atas apa yang diusahakan oleh pihak yang bersusah-payah menghasilkan karya tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan harta intelek.
“Adalah hasil ciptaan minda; reka cipta, karya sastera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.”
Kategori Harta Intelek
• Paten-Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta sama ada satu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau untuk penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.
• Cap Dagangan (trademark) - Tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain. Contohnya: SONY, NOKIA, Logo UTM dan sebagainya
• Hak Cipta (copyright) -Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan.
• Reka Bentuk Perindustrian -Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik di pandangan mata.
• Petunjuk Geografi-Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ianya dikeluarkan.
• Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu-Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang.
• Pembaharuan Utiliti (utility innovation) -Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu reka cipta ‘minor’ yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapatkan paten.
• Maklumat Perdagangan/Maklumat yang Tidak Diketahui (trade secret / undisclosed information) - Merupakan maklumat yang amnya tidak diketahui dikalangan atau yang tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan dengan jenis maklumat yang sedemikian dan yang mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka yang mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut sebagai rahsia.
Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.
Di Malaysia produk yang dicipta perlulah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) iaitu salah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Apakah itu Antropometrik ???
Posted by
Cikgu Wanie
/
Comments: (1)
Definisi
Anthropos bermaksud tubuh dan metros pula bermaksud ukuran. Antropometri bereti ukuran dari tubuh. Ia merangkumi Ciri-ciri geometri manusia seperti berat, ketinggian, jangkauan, lilitan dan sebagainya.
Antropometrik merupakan himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan tubuh badan manusia, termasuklah kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan dan tatarajah.
Bayangkan anda mereka bentuk satu produk yang akan digunakan oleh sekumpulan pengguna. Dalam reka bentuk ini, anda perlu meletakkan tombol pintu pada ukuran ketinggian tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat. Bagi menentukan dimensi sebenar kedudukan tombol pintu ini, anda mungkin mengukur jarak jangkauan anda sendiri. Dalam kes ini, jelaslah bahawa anda satu-satunya pengguna bagi produk ini. Anda mungkin dengan selesa dapat menjangkau dan mengawal tombol pintu ini.
Tetapi jika anda mempunyai pengguna lain, anda perlu mengukur jarak jangkauan pengguna lain. ini akan memberikan nilai purata ukuran jangkauan rekabentuk produk yang lebih baik. Apabila semakin banyak jarak jangkauan yang diambil, maka semakin tepat ukuran yang diperlukan untuk rekabentuk ini.
Data dalam jadual antropometrik digunakan untuk memudahkan kita memperoleh julat setiap dimensi atau kekuatan, dengan nilai sisihan piawai dan persentil utama setiap set data.

Andaikan anda cuba menentukan ketinggian suatu produk seperti meja makan yang akan digunakan oleh pelbagai pengguna tanpa perlu dilaraskan. Meja ini perlu direka bentuk supaya boleh digunakan oleh pengguna yang mempunyai pelbagai ketinggian, jantina dan bangsa. Bagi situasi ini, menggunakan dimensi ukuran minimum dan maksimum akan mengabaikan sebahagian besar pengguna. Dalam kes ini, anda mungkin perlu mereka bentuk satu meja makan berdasarkan ketinggian purata (antara persentil ke-50 atau purata). Ukuran ini menjadikan pengguna yang berada pada julat pertengahan lebih selesa, dan hanya sedikit pengguna yang berada di julat yang ekstrem merasa tidak selesa.
Himpunan ukuran juga merangkumi keseluruhan pengguna yang besar dari segi bangsa, umur, keupayaan yang berbeza serta latar belakang.
Contoh rekabentuk produk lain yang perlu diukur:
keluasan dan ketinggian pintu
adalah berbeza mengikut bangsa pengguna yang berasal dari luar negara.
kelarasan kedudukan kerusi kereta dan kedudukannya dari stering kereta adalah berbeza mengikut jantina pengguna.
Ukuran ketinggian bagi meja belajar juga berbeza mengikut umur.
Rekabentuk kedudukan meja untuk kanak-kanak perlu lebih rendah daripada meja orang dewasa.